Saya tidak bersertuju dengan teori tujuh tahap perkembangan tamadun yang diperkenalkan oleh Carroll Quigley kerana saya berasa tahap 5 iaitu Universal Empire perlu dicapai sebelum conflict berlaku yang merupakan tahap 4 dalam model Carroll Quigley. Jika berlaku conflict antara satu sama lain, tahap keemasan sukar dicapai kerana peperangan dan rusuhan kaum akan berlaku. Selain itu, untuk mencapai tahap keemasan dalam sesuatu tamadun, semua kelompok perlu bersatu tidak kira kelompok itu berada di apa-apa kedudukan dalam sistem sosial.
Saya berasa tahap kecemerlangan sesuatu tamadun perlu dicapai sebelum konflik dalam sebuah tamadun berlaku yang akan menjejaskan tamadun tersebut serta menghapuskan tamadun tersebut.