Saya tidak mempunyai konsep untuk pengurusan masa, saya telah membuang masa saya untuk melakukan perkara-perkara yang tidak mempunyai penggunaan, jadi saya mahu mengubahkan pengurusan masa saya. Pengurusan masa sangatlah penting untuk menjadi seorang yang Berjaya. Namun, setiap individu ini terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan sehingga banyak perkara yang terabai dan sering berkata “tidak ada masa.” Pengurusan masa itu sangat penting dan salah satu ciri-ciri orang yang berjaya. Dengan ini pengurusan masa hendaklah diambil kira dalam kehidupan sharian. Yang manakah anda perlu lakukan dahulu? Ramai diantara kita yang suka melakukan tugasan yang kecil dan senang dahulu berbanding dengan kerja yang besar dan susah. Melakukan kerja yang susah dan besar dahulu adalah jalan terbaik. Kerana melakukan kerja yang besar dan susah di awal pagi menjadikan kita lebih bersemangat jika dibandingkan kita melakukan kerja yang susah di waktu tengahari dan petang. Kerja yang susah apabila dilakukan pada waktu petang, menjadikan kita amat malas dan semua kerja yang dilakukan menjadi tidak berkualiti. Jangan membazir masa kerana masa tidak boleh diundur. Oleh itu, saya akan mengubalkan sesuatu jadual masa dan mengikuti jadual masa untuk melengkapkan perkara yang dijadual supaya saya menjadi lebih keberkasanan.