Ketiga-tiga batu bersurat yang kita bicarakan ini mempunyai ke pentingannya yang tersendiri dalam mengkaji sejarah pertumbuhan bahasa Melayu. Ketiga –tiga batu tersebut merupakan bukti tulisan batu yang terakhir dalam kajian kita, kerana abad keempat belas, kita akan mengalami zaman pertumbuhan kesusasteraan Melayu yang bertulis. Sungguhpun selepas batu berserat Terengganu ini ada beberapa batu bersurat yang dijumpai lagi tetapi itu tidaklah begitu penting, kerana bukti pertumbuhan bahasa daripada sastera, hikayat-hikayat, sejarah dan syair lebih menarik hati dan lebih memberikan kenyataan yang sebenarnya.