Results (
English) 1:
[Copy]Copied!
MENGUKUHKAN PEGANGAN AGAMA Individu yang berpegang teguh kepada agama dan nilai-nilai murni akan sentiasa berkelakuan baik.Oleh itu,pegangan agama yang kukuh boleh mendorong seseorang insane saling menyayangi dan saling menolong antara satu sam lain.Semua agama juga menuntut seorang anak menghormati dan meyayangi ibu bapa atau orang yang lebih tua.Denagn erti yang lain,anak-anak yang berpegang teguh kepada ajaran agama tidak akan mengabaikan ibu bapa mereka yang sudah tua berbanding dengan anak-anak yang tiada pegangan agama.Nilai-nilai murni yang diterapkan melalui system pendidikan dan melalui didikan ibu bapa akan dikukuhkan dengan pegangan agama.Nescaya,anak-anak yang mempunyai keperibadian mulia, tidak akan mengabaikan ibu bapa mereka yang tua.Sebaliknya,mereka akan menjaga ibu bapa yang tua dengan rela hati dan penuh tanggungjawab
Being translated, please wait..
