Anda telah salah faham tentang maksud tamadun, tamadun merupakan satu kelompok besar dalam sesuatu kawasan tertentu. Contohnya, Tamadun China, Tamadun Mesopotamia. Perang Dunia berlaku bukan sahaja terlibat dalam satu kelompok atau tamadun tetapi seluruh dunia. Oleh itu, anda tidak boleh menganggap bahawa Perang Dunia merupakan sesuatu perkembangan dalam tamadun.
Kedua, peperangan yang kecil akan berlaku dalam sesuatu tamadun. Apakah punca yang menyebabkan peperangan berlaku? Mestilah berlakunya konflik antara dua pihak yang akan menyebabkan perkara ini berlaku. Selepas peperangan, perpecahan kaum berlaku dan itulah yang menyebabkan kemerosotan sesuatu tamadun.