Disiplin melibatkan norma dan nilai serta berhubungkait dengan tatatertib, tatasusila, peradaban akhlak, kesopanan, bersifat rasional, keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang mengikuti peraturan yang diterima oleh masyarakat, negara dan agama. Dari segi pendidikan, disiplin adalah mengorientasi ahli- ahli masyarakat kepada norma- norma masyarakat itu. Sekolah mengusahakan supaya menghayati norma- norma masyarakat menerusi dua cara iaitu mengenalkan norma- norma masyarakat di luar sekolah dan mempraktikkan norma- norma masyarakat di sekolah dengan peraturan- peraturan