Saya bersetuju dengan tujuh tahap perkembangan tamadun mengikut model yang telah diperkenalkan oleh Carroll Quigley. Perkembangan sesuatu tamadun harus mengalami tujuh tahap tersebut untuk memastikan perkembangan tersebut berjaya, halangan-halangan yang muncul semasa perkembangan tamadun adalah ujian sebelum masuk ke tahap yang seterusnya. Misalnya tahap yang keempat, tahap konflik, jikalau masalah konflik yang telah wujud dalam suatu masyarakat tidak diselesaikan ataupun mencapai satu keputusan yang kedua-dua atau lebih daripada dua pihak, konflik tersebut akan menyebabkan masalah yang lebih besar dan menjadi satu halangan yang besar dalam perkembangan tamadun. Tiada perpaduan, tiada matlamat yang sama tidak akan melajukan perkembangan tamadun malah menghalakan tamadun ke arah kemerosotan tamadun.