Selepas memahami seluruh artikel bertajuk tujuh tahap perkembangan tamadun yang telah diperkenalkan oleh Carroll Quigley,saya bersetuju dengan perkembangan itu. Tujuh tahap perkembangan seperti, pertama percampuran daripada dua atau lebih budaya, kedua sistem yang mengalakkan penciptaan perkara-perkara baru, ketiga peningkatan produktiviti barang yang menggambarkan peningkatan taraf hidup. Tahap yang bermula merosot, tahap keempat kemerosotan kadar pengembangannya, kelima zaman keemasan, keenam taraf hidup menurun, perang dengan saudara, buta huruf meningkat. Tahap ketujuh, tamadun ini tidak berdaya mempertahankan diri, semua kelemahan terdedah kepada penceroboh luar. Semua tahap yang ditunjukan dalam artikel tersebut menunjukan perkembangan tamadun yang cukup senang untuk difahami untuk semua orang. Dengan pandangan saya semua tahap tersebut seperti yang semua tamadun akan melalui, jadi saya bersetuju dengan perkembangan ini.