Satu institusi sosial yang unik bagi masyarakat India dan ia juga dikenali sebagai system jati. Lazimnya system ini jati dianggap sebagai salah satu aspek dalam ajaran agama Hindu tetapi tafsiran seperti ini adalah salah dan usaha untuk menghubungkaitkan konsep karma dengan system jati merupakan interpretasi yang salah.
Sistem kasta masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sistem varna dan sistem jati. Kehidupan berkasta masyarakat India dalam sistem varna adalah pembahagian kelas sosial yang tetap hierarkinya dan tidak berubah. Sistem ini membahagikan masyarakat kepada lima kelas sosial seperti berikut:-
1. Brahmin: golongan pendidik, intelek dan ahli agama
2. Kshatriya: pemerintah, pentadbir dan tentera
3. Vaisya: pedagang dan peniaga
4. Sudra: buruh dan petani
5. Panchama/ Chandala: golongan murtad dan dibuang daripada varna