Pagi-pagi lagi Fauzeeyah sudah di dapur menggoreng ikan kering. Sementara menunggu gorengannya masak, tangannya cepat-cepat mengupas kulit bawang merah, selepas itu seulas bawang putih yang besar seterusnya dibasuh dan dicampaknya ke dalam lesung. Dua biji lada dicapai dan dimasuk juga ke dalam lesung. Terus, ia tumbuk lumat. Sesekali tangan kiri diangkat ke dahi, dan kening. Ikan kering sudah pun masak, baunya meruap keluar. Minyak di dalam kuali dibuang lebih kurang dua perempat ke dalam mangkuk.