Sekitar tahun 2600 SM, masyarakat awal Harappa telah bertukar menjadi pusat bandar yang besar. Pusat-pusat bandar seperti Harappa dan Mohenjo Daro di Pakistan dan Lothal di Sungai Indus dan India.
Secara umum 1,052 kota (bandar) dan penempatan ditemui, terutama di kawasan lembah-lembah sungai.
Budaya perbandaran yang berdaya maju serta berteknologi tinggi menjadi bukti ketamadunan Lembah Indus sebagai pusat bandar pertama di kawasan ini. Aspek kualiti pentadbiran dan ilmu perancangan bandar yang berkesan memperlihatkan keunggulan pentadbiran.
Keutamaan diberikan kepada soal-soal kesihatan dan kemudahan ritual keagamaan.