Saya bersetuju dengan tujuh tahap perkembangan tamadun yang diperkenalkan oleh Carroll Quigley. Ini disebabkan tahap-tahap yang diperkenalkan oleh Carroll Quigley mengikut langkah demi langkah yang tertentu. Dari berbagai-bagai contoh di dunia sejarah kita seperti Tamadun Messopotamia hingga ke Tamadun Cina, kita boleh melihat tujuh tahap perkembangan tamadun telah dialami oleh tamadun-tamadun tersebut. Setiap tamadun mesti bermula dengan penglibatan dan pencampuran daripada dua budaya atau keluarga yang berlaku di kawasan yang mempunyai keperluan harian seperti sungai atau tasik atau laut. Selepas itu, barulah berlaku tahap-tahap yang lain seperti gestation, tahap perkembangan, tempoh konflik, universal empire, zaman kemerosotan dan akhirnya keruntuhan tamadun.