Masjid Putra terletak di Wilayah PersekutuanPutrajaya, nombor pendaftaran. Masjid ini merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya.Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya. Jumlah staf Masjid Putra adalah seramai 35 orang dan diketuai oleh Imam Besar
Dibuka pada
22 Zulkaedah 1419 Hijri bersamaan 9 Mac1999 (16 tahun)
Tasik Putrajaya terletak di tengah-tengah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia. Tasik buatan manusia ini mempunyai keluasan 650 hektar diwujudkan bagi membentuk suatu landskap bandar dalam taman yang tenang dan damai, selain menjadi nadi kepada sistem penghawa dingin bandar semula jadi, ia juga menjadi tempat untuk aktiviti riadah, memancing, permainan sukan air dan pengangkutan air di Wilayah Persekutuan ini.
Pada 26 September 2004, F1 PowerboatChampionship telah diadakan di tasik ini buat pertama kalinya (sehingga tiga kali dihoskan oleh Malaysia).
Pada tahun 2005 Putrajaya juga turut menghoskan Perlumbaaan Kanu Asia.